Search This Blog

Saturday, December 17, 2011

Kene berpurdah kat office??

salam uollss..

berpurdah??penah tak korang kena berpurdah kat office? terpaksa. tapi bukan dipaksa oleh sesape pun tapi paksaan dari hati kecil korang sendiri. haha. jangan nak suspen sgt okey. but who's care? :p



ak terpaksa menutup sebahagian muka aku **umpama berpurdah** while i am in office but WHY? lawa sangat ke kau sampai kene tutup muka? (memey r lawa). tapi bukan kerana paras rupa yang lawa (takde org peduli pun) tapi sebab kesejukan melanda ofis aku. gile! sangat sejuk dowh. 



As IT engineer (hebat sangat ke?), bilik keje aku memang dekat sangat dengan bilik server lah. makanya aku kene bertahan didalam air cond sesejuk 19 darjah celcius. Oh My Gucci! tak leh nak lari kemana. memang kena bertapa kat bilik tu jugak. Gile kau!



Kaki tangan sume dah bersarung tp bagaimana dengan hidung MancunG ku yg kesejukan ni? haha. tang mana mancung ak pn xtau la tp serius memang hidung aku sejuk!




Tolonglah tolonglah wahai pihak berkaitan, bantulah kami sayangilah kami dengan mengurangkan kadar kesejukan melampau ini.Kesian. eh eh. Sekian. 






Keluhan rasa
madamNolle


Monday, November 21, 2011

malas keje..apekah?

salam uollss,

ok fine. tajuk ini juga menunjukkan mood si penulis ketika ini. tapi tetap birah nak menaip sambil menghayun buai anak kesayangan.

dengan zikir-zikir harian biasa. lembut saja tangan wanita ini menghayun buaian. mata si kecil semakin lama semakin layu. mengantuk. tido.

lincah tangan aku menaip tatkala melihat si kecil lena. comel. mudah2an menjadi anak yang soleh dan berguna satu hari nanti. itulah pengarang jantung hatiku dan suami :)

**apesal bajet2 novel plak ni**

ok. back to the title. malas keje. YA. perkataan malas mungkin paling sesuai skrg ni bila mana aku sering datang lewat dan ponteng keje. oppsss bukan ponteng ok. aku MC. MC?tapi tak sakit. tak payah nak pikir la mane ak dapat MC keramat tu. rakan2 yang terapat je tau mana aku dapat. hahaha.

bukan malas la (pulak!) tp aku tak sampai hati nak pegi keje dan tinggalkan buah hati aku kat rumah. Ya Allah kuatkanlah hatiku. 

mungkin tahun 2012 adalah tahun untuk aku melakukan sesuatu yang nekad. InsyaAllah. semoga dipermudahkan oleh-Nya. niat hanya satu. anak disisi. rezeki dimana-mana. kenyataan aku ni disokong oleh seorang sahabat ciknabilaabas. Terima kasih sebab memahami. 


Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Amiin Ya Rabbal Alamin.


Segalanya Untukmu
Madam Nolle








Tuesday, November 15, 2011

Precious Gift from Allah S.W.T

Syukur Alhamdulillah..sangat bersyukur dengan-Nya atas hadiah yang tidak ternilai ni..aku sekarang dah bergelar seorang Ibu kepada putera yang diberi nama Muhammad Izz Zhafran bin Mohd Hirzi *__*pelengkap kehidupan kami..

Tanggal 29 August 2011 tepat jam 12:25am lahirlah seorang putera yang sangat comel seberat 3.21kg..Ya Allah..perasaan time tu bercampur baur..gembira,sedih,tak sangka sume ade..bayi selamat keluar je Nurse terus letak atas perut kita..seronok..sangat seronok..hilang segala rasa kesakitan ketakutan..Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Besar..



Here the picture ---->

dalam seminggu usia dia masa ni :)






Masa berpantang 44hari memang kat kampungla..Ibuku adalah bidan terbaik :) Terima kasih Ibu sbb jaga orang masa dalam pantang..Tak ternilai jasa dan pengorbanan seorang Ibu. IBU engkaulah RATU dihatiku :)
Selame 44hari tu..belum ada sehari pun Ibu tak hidang makanan untuk aku..Ibu cakap,fizikal kita memang nampak kuat untuk buat keje rumah tp tunggu2 lah..44hari je badan kita nak rilex bukan lama pun..so bagi badan rehat secukupnya supaya lepas habis pantang..kita kembali segar :)

p/s : macam nak share pengalaman berpantang dan segala petua2 dari Ibu tercinta la..hehe

Sweet memory of mine
Madam Nolle

Our 1st Anniversary

Salam ^___*

tiba-tiba pulak aku jadi seorang yang begitu concern tentang hari2 istimewa ni..haha..
Mood romantic is now active.Our 1st Anniversary on 06November 2011 tapi baru ni nak hupdate blog..sedeyyy!!haha

Tadaaaa..special wishes for you My Dear, Mohd Hirzi bin Baset LotsOfLove..walaupun dengan bantuan image dari Mr Gugel..rasanya ak cukup ikhlas dengan ucapan ini..

Awak..semoga talian ini kekal ke akhir hayat walau apapun dugaan datang menduga..hanya kita yang saling mengenali hati dan budi masing2..
 


LotsofLOVE

Madam Nolle

Life begun after marriage

Disebabkan dah lame gile tak update blog sampai email & password pun terlupa makanya aku summarize kan aje la cerita dari entry lepas..ala..pasal my early pregnant tu la tapi sekarang ni dah bergelar seorang IBU pun *___*



                    06 Nov 2010 
Dengan sekali lafaz yang terang dan nyata aku sah menjadi isteri kepada Mohd Hirzi bin Baset :)
Hanya kau dihatiku


                    07 Nov 2010
Majlis Perkahwinan dilansungkan bertemakan warna kelabu (Ibu adalah orang yg sgt menentang warna ni) hehe..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar :)

Bersama Ayahnda dan Bonda tercinta *__*

Berdua lebih baik *___*


                    27 Nov 2010
Majlis Persandingan belah lelaki :) tema gold gitu.... 

time ni macam dah ade isi je :p



                    Unknown date..haha
Berita gembira bila aku disahkan mengandung 3minggu :)

OK tipu..dis is not the early prgnant but almost 28weeks..huhu


**Yang ni latest punya cerita**

                    29 Aug 2011
Maka lahirlah si putera yang diberi nama Muhammad Izz Zhafran bin Mohd Hirzi ke dunia seberat 3.21kg pada jam 12.25am. **Mungkin ada sebab kenapa aku (atau ada org lain jugak) dilupakan perasaan sakit bersalin..memang tak ingat..jadijangantanyaakubersalintusakitketak ek:)

Special Gift From Allah

Doakan yang terbaik buat anak ini..Amin :)


                    06 Nov 2011
Majlis Akikah buat si putera jatuh pada Hari Raya Korban..Unplanned date, agak tergesa2 but Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun bergelap..TNB oh TNB..baru nak start je majlis trus dia BLACKOUT..saje nak bg aku wt akikah ala2 car light dinner..huhu 

Majlis akikah buat si putera hati :)


**eh eh..rupanya the date was same with our 1st Anniversary la..** tapi as usual..same like birthday..no celebration..memang dr dulu tak penah nak celeb2 ni..pakai redah aje..hehe
but the sweet wishes from me for u my dear ' Happy Anniversary Awak' hope kehidupan kita lebih dirahmati dan diberkati..AMIN (wishes ni kasi warna pink la..sedikit romantik disitu)



Zillion of Love
Madam Nolle & Mr Ir





Friday, March 4, 2011

01 Feb 2011 - Pindah dan Randah

Assalamualaikum..

Tragedi hujan peluh yang masin..XOXO

Okey la, korg layan la dulu pic2 ni yaa..ni lah muka hero2 yang bertungkus lumus mengangkat, memunggah dan segala bagai lg..abah mertua ak ngn pak itam mahu rilex katanye..dia bilang kalo sume org penat..nti sape yg nk bawak lori..hahaha :D 
sebahagian barang dr Shah Alam..tv, kipas, katil, almari, baju etc
orangkuat..hehe :)

aik..siap garu kepala ye bang..huhu

 
Barang2 dr Melaka..Katil,almari,peti ais,hadiah dan lain2..tak penuh pun lori
aktiviti pemunggahan bermula oleh hero Boy dan Mr IR :)
siap cekak pinggang laki aku ni!
Mr Harris dibantu oleh abg ipar, Mr Amir
Yaahh..IKEA brand!
ruang tamu..sambil berehat tu is Pak Itam from Melaka dan anak2 buah :)
Konkrit!!sgt susah nk digerudi yaww..perhatikan waktu ini adalah siang.....
haaa!!see betapa susahnya..sehingga kelam malam pun tak abis lg wt keje mengerudi dinding! (kesian Mr Harris sbb kene wt sorg2. ak xbg Mr IR buat sbb pantang org tua2..isteri mengandung suami xleh memaku,memahat dan segala adik beradik berkaitan tu)..I am sorry oke :(
lombong!betul2 depan rumah..di siang hari..
lombong tersebut di kala malam..cntikkan tp ak seraaaaammmm..huhu


Meh ramai2 datang rumah aku yawww!!nti ak wt la hidangan lazat tuk kome..hihik

New life ;
Madam Nolle & Mr IR


Saturday, February 26, 2011

Sudahkan Anda Menjelaskan Saman??

Assalamualaikum

"wah wah..mentang2 ko da clear kan saman..belagak pulak..siap mahu masuk belog.."
sila bawa kereta begini untuk kemajuan kewangan malaysia!demmm
Eh eh eeehhh...jeles la tu! haha..Okeh la..entri kali ni pasal saman yg bagi aku sgt tak berbaloi tuk membayarnya..Masakan tidak?beratus woiii..tu kira bagi pemandu2 yang agak berhemah macam aku ni  tapi bg mane2 pemandu yang mmg igt jalan tu atok nenek depa ade share..mau makan riban babe!duit hangus cmtu je..patutnye da leh wt bayar muka kete baru da ataupun mas kawen (glurrpp..tinggi gile..huhu)

"amboi..sedapnye cakap tak berbaloi nk bayar..sape suruh bawak laju2, tak pakai seatbelt, langgar tiang lampu..eh eh..lampu merah dan segala jenayah jalanan lain? ko nak kan??nah amik!!sape yg nak kawen tu..kompem dok garu2 kepala yg xgatal, sape2 yg kene skli nk byr road tax dok trmenung..minum kopi 3 jam secawan dok pikir mane nk korek duit..huhu"

Okeh okeh laaa..ura2 berkaitan kompaun baru saman yg akan dikuatkuasakan selepas 28 Februari 2011 ni membuatkan rakyat Malaysia dgn rasa sgt2 bertanggungjawab berpusu2 ke jabatan berkaitan ataupun mengunakan web2 berkaitan sampai traffic kat website pn jammed semata2 untuk melangsaikan hutang piutang berkaitan persamanan mereka termasuklah aku serta ipar duai ku..haha..tapi terpikir jugak oleh minda ku *Alangkah bagus sekiranya PTPTN mahupun MARA 'buat2 cerita' nak naikkan hutang/interest/blacklist/ etc..rasanya time tu la orang beratur panjang nk bayar hutang time belajar dulu2..(termasuk aku jugak tu) hahaha..

Okeh laa..aku baru je melunaskan hutang saman aku bernilai RM300..ni sume speeding pnye pasaii..aiyooo..serik suda..nsbla PDRM bagi diskaun 50%..kalo x..mmg nam ratus melayang cmtu ja..dan mungkin dikala itu ak trgolong dlm golongan peminum kopi secawan selama 3 jam!!haiyaaa!!

Kepada rakan2 seperjuangan..pegi la bayar saman sebelum anda di black listedkan..jgn degil oke..haha

1 Malaysia
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Semangat Patriotik
Madam Nolle